Tuesday, January 9, 2007

Abg.........



Assalamualaikum wbt....
Abg......
kenal denganmu buatku bahagia...
tiada disangka..tidak kuduga...berputik jua rasa dijiwa..
kita bermula hanya sekadar kawan perbualan..
hanya berbicara...tidak pernah bersemuka...
ketawa dikala gembira...menangis dikala hiba...
tetapi...semakin hari...semakin kurasa..
suaramu mula mengetarkan jiwa..
tingkahmu mula menyentuh rasa..
membuat aku bagai nak gila......
....fushh...dasyat beb...
setiap detik..setiap saat..hanya kau difikiranku..
apa yang terindah..adalah saat tidur ku diakhiri suaramu..
saat jaga ku dimulakan dengan suaramu...
pagiku begitu nyaman...alam sekeliling kulihat sehijau-hijaunya..
damai hatiku tidak terkira..jika ada yang bertanya..
patikan kuakui bahawa akulah insan yang paling bahagia didunia ini..
namun...sampai bilakah hatimu mampu bertahan...
bukan kuragui...tapi memang sifat setiap insan yang pastinya..
kan memilih apa yang terbaik baginya...
andai suatu hari..kau dipertemukan dgn insan di khayalmu..
mampukah lagi aku..bertapak dihatimu..
sedang aku serba kekurangan...
tidak terdaya untuk mengemis kasihmu...
tapi ketahuilah... kau adalah yang terbaik bagiku..
Abg...
nama timangan..pengelodak jiwa..menjadi kenangan kita berdua..
tidakkan kulupa kasih yang diterima...andai kita tak lagi berbicara..
namun takdir penentu segala..walau dipuja..disemai dijiwa..
hanya DIA menentukanya..
akan ku pasrah segala ketentuaNYA..
Aku akan sentiasa bersedia untuk menempuh hari esok..
namun.....mampukah aku...?....

"Dalam percintaan janganlah dikesali perpisahan tetapi kesalilah
pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya
jodoh itu bukan ditangan manusia.
Atas kasih sayang Tuhan
kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau
dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi.
Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
Setiap orang punya rasa cinta.
Tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
Setiap orang pernah bercinta.
Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia....."

No comments: