Saturday, January 6, 2007

lelaki vs perempuan(cara berfikir)





Sebagaimana kata seorang wali Allah
iaitu Rabiatul Adawiah:
"... & Allah telah menjadikan lelaki
itu mempunyai sembilan akal dan
satu nafsu dan menjadikan perempuan
satu akal dan sembilan nafsu. "

Bukanlah maksud saya di sini bahawa
orang lelaki lebih bijak kerana dia
diberi sembilan akal, tetapi
tujuannya untuk menyatakan ada
perbezaan antara lelaki dengan
perempuan. Secara umum, dari segi
psikologi lelaki dan perempuan berbeza
tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

Orang perempuan juga suka mengubah
penampilan diri dan tindakan
pasangannya. Jadi pantang ada yang
tidak kena dengan suaminya,
isteri akan segera menegur dan
menyuruh membuat perubahan.
Sebaliknya orang lelaki biasanya,
hanya akan memberi teguran
apabila pasangannya agak keterlaluan.
Umpamanya, apabila si suami
melihat isterinya memakai pakaian yang
terlalu ketat, maka dia akan
menegurnya.

Orang lelaki juga sering memberi
tumpuan kepada aspek fizikal atau
kebendaan manakala perempuan lebih
menumpukan kepada aspek
perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang
perempuan lebih mudah
merajuk dan tersinggung dan lebih
mudah bersimpati dan sedia berkorban.

Bagi orang perempuan, mengalah itu
tanda sayang dan pengorbanan
manakala bagi lelaki, mengalah itu
tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-
rendah atau mencabar suami.

Gerak hati orang perempuan adalah
lebih tajam daripada orang lelaki.
Jadi para suami mesti ingat, jangan
cuba membohongi isteri!

Orang perempuan, apabila risau atau
mengalami ketegangan, akan
menceritakan masalahnya kepada orang
lain. Berbeza dengan orang lelaki,
mereka lebih kerap mendiamkan diri
apabila bermasalah.

Seseorang lelaki tidak perlu khuatir
tentang kesetiaan isterinya. Sebab
orang
perempuan, apabila menyayangi seorang
lelaki, akan menutup hati dan
pemikirannya
terhadap lelaki lain. Orang lelaki
pula lebih fleksibel.

Orang perempuan mudah jadi marah,
cemburu dan merajuk apabila imej
dirinya menurun. Orang lelaki akan
menjauhkan diri apabila imej dirinya
tergugat.

Satu lagi perbezaan ialah dari segi
emosi. Emosi lelaki ibarat getah,
manakala
emosi perempuan ibarat ombak. Lantas
orang lelaki jika marah atau merajuk
biasanya tidak lama sekitar dua atau
tiga jam saja. Marah atau merajuk
perempuan,
agak lama ada kalanya berhari-hari,
malah berminggu-minggu.

4 comments:

Tulips said...

salam..mintak share.terima kasih.

Unknown said...

assalamu alaikum ukhti.... mohon ijin untuk. mencopas.. copy paste artikelnya.....smoga bermanfaat....

nurdiyana said...

Salam akak..saya minta share ye artikel nie...

nurdiyana said...
This comment has been removed by the author.